Isnin,23 June 2008
Hari nie adalah Hari Sukan Sekolah St. Lukes C.E. . Hari sukan yang pertama kali Azhan dan Nine sertai bersama. Hari sukan nie diadakan di Bury Athletic Club. Kat sinilah aku dok mai tolong chairman ofis aku organize car-boot sale. Secara tak langsung Chairman aku tu pun tahulah anak-anak aku akan pi main kat situ.
Pada asalnya aku tak plan nak pergi pun sebab memandangkan hari sukan yang diadakan nie bukannya satu hari penuh. Diaorang mula main dalam pukul 1.00 petang hingga pukul 3.30 petang. Jadi aku pun tak cadang nak mintak cuti, sebab nanti nak guna cuti jaga bebudak tu masa cuti sekolah. Al-maklumlah takder keluarga Melayu yang ada dok dekat-dekat sini nak mintak tolong jaga. Kalau dulu boleh gak tumpang rumah mertua ka. Kalau nak upah orang jaga kat sini...mak aiii mahal ooo.
Tapi pagi-pagi lagi time aku masuk ofis, chairman dah mai tanya aku sama ada aku akan pi tengok atau tidak anak aku main. Aku pun cerita yang aku takda ambik cuti pun sebab hari sukan tu sekejap ja. Aku explain yang aku nak save cuti jaga depa time cuti sekolah. Dia punya baik hati kata tak payah ambik cuti pun, cuma ambik time off sekejap pi tengok anak-anak aku main. Katanya bebudak tu sure suka. Segan pulak aku nak pi, tapi dah orang bagi. Mana nak dapat boss macam nie, yang mengutamakan keluarga.
Tepat jam 1 petang aku pun kuar dari ofis. Setibanya aku kat padang sukan tu aku pun cari Azhan dan Nine. Bila Azhan nampak ja aku dia pun lambai tangan tanda seronok sangat aku datang. Dia pun tak sangka aku akan datang pada hari tu...gembira. Aku rasa syukur sebab datang, kalau tak bagaimana perasaan anak-anak aku kalau aku takda bagi sokongan sedangkan kebanyakan mak bapak lain datang. Sedang anak-anak aku tahu yang aku berkerja tapi jauh disudut hati aku rasa diaorang amat mengharapkan kehadiran aku.
Sebenarnya acara -acara dalam hari sukan nie takderlah serius mana. Ia lebih kepada ala-ala hari sukaneka jerlah. Aku rasa gempak lagi time aku kat sekolah kebangsaan. Siap dengan baju rumah sukan; ada perbarisan, dengan bendera-bendera, nyanyi lagu dan macam-macam. Protokal punyalah tak ingat semuanya macam sukan sukma. Walaubagaimana pun diaorang ada stiker warna yang mewakili warna rumah sukan masing-masing. Azhan dan Nine berada dalam satu rumah sukan merah.
Diakhir hari sukan aku ingat ada acara penyampaian hadiah, atau diumumkan juara keseluruhan, tapi sebaliknya diumumkan bahawa semua rumah sukan adalah juara. Ciss, buang karan ja.. haha. Tapi baguslah jugak untuk bebudak nie diajar erti pertandingan serta berusaha untuk membuat yang terbaik. Pada masa sama mereka tahu bahawa walaupun tak menang mereka tetap juara kerana telah melakukan yang terbaik.
Selesai semua acara, Azhan mintak nak cuba berlumba lari diatas track. Dia nampak minat sangat nak cuba. Aku pun layan la kejap berlakon jadi referee. Azhan pun lari atas track dengan rasa seronok yang amat. Inilah pertama kali dalam hidup dia dapat lari atas track betul. Adik dia Nine tak mau pulak join sama, tapi dia dok bising bagi sokongan kat abang dia.
Walaupun hakikatnya hari sukan nie takderlah segempak hari sukan time aku sekolah dulu tapi yang penting mereka dapat bergembira bersama kawan-kawan dan belajar tentang semangat kesukanan. Yang penting jugak hari ini Azhan dan Nine tahu betapa kehadiran aku pada hari tu memberikan makna besar pada mereka.
4 comments:
hari sukan yg dipermudah kan dan budaya mengutamakan keluarga ye...
budaya yg baik kita belajar..yg tak elok buat sempadan.
Teringat zaman sekolah-sekolah dulu...
Pak Lan! Salam! Seronok masa anak2 masih kecil lagi. walaupun kadang2 ade pening kepala sikit2. Saya ingat masa saya tengah tenat nak siapkan design thesis di University of Sheffield dulu [tahun 1990] pukul 1am anak saya panjat drawing board koyakan tracing drawing yang dah siap. Allah saja yang tahu ketika itu. Tapi sayangkan anak lagi priority! nak marahpun kena control. Begitulah bukan sahaja profession kita penting, kasih sayang anak2 lebih utama. Tk. Salam
betul tu bro, kena byk bawa bersabar la yer..try control marah skrg. Sejak masuk sekolah kena bagi reasons kenapa dia kena marah la pulak.
Iskh..koyak tracing paper yg tak tahan nie..hehe. Kalau skrg buat computer boleh jugaklah print2 balik. Itu pun kalau dia tak tumpahkan air kat PC..perghh bukan saja PC yg berasap...bapak pun berasap sama.
Segala kenangan suka-duka nie yg menjadikan kasih-sayang lebih bermakna.
take care bro,
Post a Comment