PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Sunday, 14 September 2008

ESOK PENGORBANAN INI MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Hari ini aku cuba membuka dokumen design dari Semester Bachelor 02. Ada kawan lama yang belum menamatkan pengajiannya meminta aku maklumat berkaitan "highrise design". Jadi sebagai membantu sedikit sebanyak kawan tadi, aku pun mula mengodek fail-fail lama.
Secara kebetulan dalam salah satu file tersebut ada tertulis sebuah sajak. Sajak yang tanpa tajuk itu berbunyi :-

hari ini aku tiada disisimu,
tetapi masih dihatimu,
hari ini kau juga tiada disisiku,
tetapi kau tetap dihatiku.

tiada ucapan perpisahan,
kerna kita tidak bisa terpisah,
hanya kata kerinduan,
yang menyambung kejauhan.

hari ini kita sama-sama kesejukan,
hari ini kita sama-sama kerinduan,
hari ini kita sama-sama ketandusan,
tapi esok pengorbanan ini membawa kebahagiaan.
Fadzlan Rizan Johani
21/7/2002

Sajak ini sedikit sebanyak membawa aku kepada kenangan susah payah kami dalam permulaan hidup berumah-tangga. Pengorbanan dan kepayahan dalam menguruskan hidup sebagai seorang mahasiswa sepenuh masa dengan assignment bertimbun-timbun; sebagai seorang pekerja part-time bergaji rendah dengan kerja yang banyak; dan sebagai seorang bapa dengan anak yang masih kecil.

Moga sajak ini turut memberikan harapan kepada mereka yang memilih jalan seperti kami agar terus menyakini segala pengorbanan dan kesusahan ini, InsyaAllah akan menjanjikan kebahagiaan.


Creative Commons License
ESOK PENGORBANAN INI MEMBAWA KEBAHAGIAAN by Fadzlan Rizan Johani is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.

2 comments:

Tya ilyana said...

the poem is soooooooooooooooo sweet :) tahniah....!!ideamu inspirasku..rindu laa kat kota london...lame x g oxford street..adush!!olympic london kite bertemu ek!..hehe

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

alahai...poem lama time jiwang2 dulu...terkenang kisah lama.

kalau dtg olympic london mai la turun manchester sekali.