PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Monday, 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 Hijrah

Esok atau lusa kita semua umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal dan merayakan Hari Raya Aildilfitri. Ramadhan yang pergi harap dapat bertemu lagi.

Pasti ramai yang sedang sibuk dengan persiapan untuk pulang beraya di kampung. Ramai juga yang dah "shopping" raya. Membeli baju baru, kuih-muih dan barang hiasan rumah.
Anak-anak pulak sedang sibuk menghitung hari untuk mengumpul duit raya. Duit poket "extra" yang diberi setahun sekali. Sekolah pun mungkin dah mula bercuti.
Ramai juga pasti dah takda "mood" bekerja atau sudah pun balik beraya.Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk menziarahi sanak-saudara dan kawan-kawan yang jauh.

Di kampung, persiapan sudah sedia menantikan orang kota pulang beraya. Pelita telah sedia dipasang. Kampung yang sunyi kini kembali hingar-bingar dengan pelbagai cerita dari orang bandar yg pulang ke kampung. Ketibaaan seorang demi seorang ahli keluarga menambahkan lagi kemeriahan.

Segala suasana itu amat kami rindui. Masa kanak-kanak kita yang telah lama ditelan arus kedewasaan. Masih ingat bagaimana sibuknya Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan terpaksa diheret berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli hanya sepasang kasut.
Teringat bagaimana aku sibuk membantu arwah Tok Long membakar kuih sepit di bawah beranda rumahnya.Tok pula dulu masih kuat membuat ketupat dan rendang.
Terkenang rasa gembiranya pulang kekampung berhari raya. Semangat untuk mengumpul duit raya sehingga menjelajah keseluruh rumah dari hujung ke hujung kampung. Hinggakan terpaksa membuat beberapa "round" demi mengosongkan poket baju yang makin sarat dipenuhi duit siling.

Ketika ini Wardina sedang seronok menyanyikan lagi-lagu raya. Mungkin dia cuba mengubat kerinduannya dan menghidupkan suasana menjelang hari raya. Aku memahaminya. Ini kali ke-3 buat aku dan kali ke-2 buatnya tidak pulang berhari raya.

Anak kami Azhan dan Zulkarnain masih belum dapat merasai suasana hari raya di Malaysia. Masih belum dapat bersama kawan-kawan sekampung "meronda" berhari raya. Tidak berpeluang bersesak-sesak membeli belah baju raya. Belum dapat merasai suasana balik berhari raya di kampung. (dulu balik masih kecil lagi)

Inilah antara harga yang perlu dibayar dalam perjalanan kami. Perjalanan untuk mengubah nasib dan memberikan harapan baru buat anak-anak. Sedang kita tidak mahu mereka melalui kesusahan masa lampau kita, seperti mana ayah kita juga tidak inginkan kita melalui kesusahan mereka; kita juga terpaksa mengorbankan detik manis dalam kepayahan itu.

Namun disebalik segala ralat di Aidilfiri nanti, kad ucapan, SMS, panggilan telefon, email dan pelbagai lagi ucapan telah diterima.Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mengirimkan ucapan hari raya. Tanda ingatan semua amat kami hargai.

Sedang aku terkenangkan masa-masa lalu, sebuah bungkusan telah tiba. Bungkusan yang membuatkan Azhan dan Nine begitu teruja dan seronok...sangat gembira. Segala ole-ole dan kuih-muih yang terkandung didalamnya mengubat sedikit kerinduan kami... terima kasih tidak terhingga kami buat mak dan ayah. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya keatas mereka.

Dan buat semua, terimalah poskad raya yang "poyo" sebagai tanda ingatan kami. InsyaAllah kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi...
http://www.flickr.com/photos/jalakmas_photography/

7 comments:

Maliki xp said...

Sejalan dengan berlalunya Ramadhan tahun ini
Kemenangan akan kita gapai
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kesempatan hidup ada keluasan ilmu
Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1429H buat anda sekeluarga, inshaAllah.
Taqobalallahu minna wa minkum
Mohon maaf zahir dan batin.

mks said...

slamat hari rayer bro..lawo kad...huhu.kitorg dapat gak parcel kuih rayer dr msia...dapat gak meraser kuih rayer..btw nice story bro.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam,
terima kasih maliki, puitis sekali ucapan raya.."Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT"...kita selalu lupa bab nie.

mks,saja boring2 design kad raya..hehe. syukurlah parcel tu boleh samapai. dengar2 dah tak boleh kirim barang makanan, nie kira tawakal jerlah. Story time dulu2..byk lagi tak tercerita, karang sebak pulak..huhu.

SELAMAT HARI RAYA

norhisham said...

assalamu'alaikum

sahabat.. ini norhisham rahmat aka black of mjsc of jasin batch 95/96

lama tak berhubung. kebetulan aku terlihat link ke blog mu dari fotopage kawan kita zamri che..

bagus nampaknya perkhabaran sedara di sana. Harap semuanya gembira selalu. Dalam setiap kesukaran ada kesenangan. Insya-Allah.

Wassalam

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

Waalaikumsalam black,
aku ingat lagi hang...
Lama betul dah tak dengar berita dari hang..dah anak berapa dah skrg nie?

ingat lagi time pengakap dulu2? hehe.

alhamdulillah..still survive lagi kat sini...rindu gak nak balik nie..sabar jerlah.

terima kasih atas kata2 semangat dari hang.

berita dan doa dari keluarga dan kekawan nielah yang Insyallah memanjangkan azam kami.

terima kasih,
SELAMAT HARI RAYA,

PAKLAN+FAMILY
Sayonara, sayonara..hingga berjumpa lagi..
p/s: YM aku: paklan_rizan

amry idris said...

Salam Paklan,Dina, An and Nine...Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. poskad raya(mana ada poyo...) dah kami terima....terima kasih banyak....

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

bro amry,
itulah yg mampu pun..kurang2 kirim tanda ingatan kami.Kalau ikutkan hati nak jugak turun london lagi..tapi takut nanti budget lari.Nak save balik Malaysia april depan..insyaallah..adik aku nak kawin.

Selamat berhari raya di london.
Saja ja boring2..buat poskad raya.hehe...tgh giler design2 classic.

bila blog nak open to public?...