
Aku meneruskan perjalanan kembaraku,
Menyusuri jalan yang pernah kutempuhi,
Suatu tika dulu;
Di saat kecilku yang gembira,
Perjalanan ini akan mengimbau kenangan,
Menjejaki perjalanan yang kian sesat,
Moga kutemui jalan;
Selepas kebuntuan,
Dalam pencarian ini,
Aku mengerti... erti ketawa dan gembira,
Usah perlu mengempita dunia;
Cukup sekadar seukir senyuman,
Yang terus terpahat dan terlekat disanubari,
Bunga-bunga senyuman ini,
Membangkitkan wangi kedamaian,
Semakin harum baunya,
Semakin dekatku rasakan kehadirannya.
No comments:
Post a Comment