Pada hari ini ada kawan saya mai bertandang ke rumah. Saiful (bukan Saiful Bukhari) dan Arine kedua-duanya merupakan kawan sekelas saya semasa di tingkatn 4 dan 5 di MRSM Jasin, Melaka.
Depa baru sahaja mai di Leicester, UK pada awal tahun nie kerana Arine melanjutkan pengajian keperingkat phD. Dah ada dah rupanya kawan saya yang bakal dapat phD. Syabas! Saya dulu pun bercita-cita di suatu hari nanti untuk menyambung pelajaran. IsyaAllah suatu hari nanti.
Kembara Apol kali ini adalah bagi memenuhi jelajah stadium bola di UK. Dua hari sepanjang di "North West" sempatlah cover stadium di Manchester dan Liverpool. Saya rasa memang menjadi impian setiap peminat bola untuk datang menyaksikan sendiri stadium bola pasukan yang diminati.
Terima kasih bebanyaklah kerana sudi bertandang dan tidur dirumah sewa kami yang tak seberapa ini. Seronok rasanya bila sesekali ada kekawan jauh mai ziarah. Kalau yang datang dapat tido kat rumah pun bagus sebab lebih banyak masa untuk bercerita.
Apa yang lebih manis tentang pertemuan kali ini adalah dapat bertemu dengan anak perempuan mereka Nor Aliya Amira. Maklumlah kami ada anak jantan saja. Dulu semasa kami melawat mereka di kampung Amira masih kecil lagi. Sekarang dah pandai cakap. Apa lagi bukan main seronok anak jantan aku Azhan dan Nine ada member baru.
Sepanjang duduk 2 hari kat sini sempatlah main bersama, meloncat sana-sini dan juga buat lukisan bersama. Saya buka kertas lukisan panjang dan biarkan mereka bertiga bermain dengan warna. Biar mereka dapat lakukan satu aktiviti bersama yang dapat disimpan sebagai tanda persahabatan yang berkekalan.
Peluang pertemuan ini dapatlah kita menyegarkan kembali kenangan-kenangan dulu semasa sekolah serta berbicara tentang kehidupan kini. Lantaran dari sembang-sembang ini akan mengeratkan persabatan kita. Ia juga sebagai peringatan kita betapa masa begitu pantas berlalu dan terlalu singkat untuk kita saling membenci sesiapa. Terima kasih atas persahabatan ini.
No comments:
Post a Comment