Hari ini Selasa 26 Ogos 2008. Hari yang bakal mencatat sejarah buat kampung aku di Permatang Pauh. Ia juga bakal menjadi sejarah yang tersendiri buat seluruh rakyat Malaysia.
Malangnya aku tak berpeluang bersama di dalam hari penuh bersejarah tersebut. Kuranglah satu undi untuk Permatang Pauh. Hanya doa dan solat hajat yang mampu aku iringi.
Aku telah cuba sedaya upaya untuk mencari peluang untuk pulang. Tetapi tiada rezeki nampaknya. Aku hanya mampu mengikutinya melalui dada akbar online, blog-blog dan youtube. Makin banyak pembacaan dan pelbagai hujah yang dikemukakan makin bertambah kematangan dan tekad untuk menegakkan kebenaran. Begitu besar beban tanggungjawab mengundi kali ini juga hingga terbawa ke dalam mimpi.
Aku bermimpi berjalan bersama ayah melawat kedalam sebuah penjara. Didalam penjara tersebut aku melihat seorang banduan yang ditutup kepalanya dengan sebuah balang sehingga dia tidak boleh berkata-kata dan menunjukkan muka. Si banduan tersebut diberi makan hanyalah melalui duburnya menggunakan tiub getah. Ayahku berkata "Begitu kejam sekali siksaan terhadap banduan ini sedangkan apa yang cuba dikatakannya adalah kebenaran".
Kemudian aku bersama ayah berada di koridor penjara sambil melihat gelagat seorang lagi banduan. Keadaannya seperti orang yang hilang akal, bercakap sendirian dan duduk berkeliaran ditepi sebuah tangga. Tiba-tiba dia mati dalam keadaan berdiri. Mata dan mulutnya terbuka luas seperti orang terkejut. Ayah berkata kepadaku lagi "Marilah kita baringkan mayatnya, walaupun dia bersalah tak baik kita membiarkan dia mati di dalam keadaan berdiri".
Aku tak tahu apa maksud mimpi tersebut. Mungkin hanya sekadar igauan mimpi. Atau mungkin lebih dari sekadar mimpi... adakah sebuah petunjuk ?
Namun biar apa pun perbezaan politik atau maksud mimpi , harapan serta doa aku agar Malaysia akan kembali menjadi negara terbaik untuk keseluruhan rakyatnya mengecapi kebahagiaan dan mencapai impian. Jadikanlah segala harapan ini satu kenyataan!
" Terserah kepada pengundi Permatang Pauh menentukan bukan sahaja masa depan kawasan mereka tetapi juga negara." Tugas berat pengundi oleh Oleh AZMAN ANUAR(WARTAWAN UTUSAN).
"Tomorrow is the D Day for The mother of all by elections , the Permatang Pauh Parliamentary seat contest" A message to Permatang Pauh voters
"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!" - Hang Jebat
2 comments:
"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!" -
yg tiga perkataan terakhir tu, pernah tv3 senyapkan sekali, masa tahun 98 kalau tak silap, nak tergelak aku tgk nordin ahmad tgh semangat, tiba2 jadi bisu, aku pulak menyampah tgk tv.
aisey..skrip pun kena potong yer.Mudah sekali jalan penyelesaian.
Rosak filem Melayu...rosak minda.
Filem Melayu patut kita angkat martabatnya..tapi dicacatkan kerana kepentingan politik sempit.
Post a Comment