PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Monday 10 March 2008

KONSEP UKURAN MELAYU - Kes Kajian Rumah-rumah Kota Kuala Muda

'Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu kalau kamu tidak mengetahui.’ al-Anbia 7

Konsep Ukuran Melayu merupakan tajuk Kajian Akhir (final studies) yang disediakan oleh saya bersama teman seperjuangan Mustafa Kamal, Shahril Azree dan Shafizal. Kajian ini turut diselia dan disemak oleh Pn. Nakiah. Seorang pensyarah yang mempunyai ilmu yang luas di dalam bidang ini.

Ia telah telah disediakan pada sessi pengajian Jun-Dis 2001; Diploma Senibina 08. Setelah 6 tahun berlalu dokumen kajian tersebut kini di baca semula. Di sini aku cuba kongsikan beberapa petikan dari kajian tersebut

Sayang sekali sepanjang 6 tahun lalu dan sehingga kini aku tidak berpeluang mengadaptasikan ilmu yang dipelajari ini. Mungkin satu kajian lanjut yang boleh dilakukan tentang “adaptasi skala Melayu di dalam rekaan moden.” Mungkin ia mampu memperbaiki rekaan moden mengikut skala tempatan

Wujud pelbagai kekurangan di dalam kajian ini. Namun disebalik pelbagai kekurangan tersebut, ia tetap menjadi sebahagian peringatan penting betapa kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan “build environment” dan segala keselesaan yang dibina dengan izinNya akan membantu membentuk insan yang mulia, mampu menyemai sifat zuhud dan rendah diri dan menimbulkan rasa syukur terhadap nikmat Allah.



Rajah 1 : Kedudukan kadaran badan manusia Rujukan: Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, Rumah Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1994


BABAK PERTAMA-Pengenalan
1.1 Isu kajian

Rumah Melayu adalah rumah tradisional yang terbentuk di dalam masyarakat Melayu bersama-sama dengan evolusi kebudayaan Melayu itu sendiri. Aspek Senibina adalah sangat penting dalam mengkaji kebudayaan sesuatu bangsa. Dengan mengkaji seni bina tradisional secara tidak langsung bermakna kita telah mengkaji budaya sesuatu kelompok manusia yang memiliki senibina itu. Kenyataan ini adalah berlandaskan kepada satu keyakinan bahawa senibina sesuatu bangsa itu adalah hasil atau pancaran budaya bangsa yng menghasilkannya. Budaya bangsa itu mempengaruhi bentuk seni binanya dan senibina itu mempengaruhi pula budaya bangsa itu secara timbal balik. Sehubungan ini Amos Rapoport menulis:

Architecture may provide setting for certain activities, reminds people what these activities are; signifies power, status, or privacy; expresses and supports cosmological belief; communicates in informtion; and encords value sytems. It can also separate domain and differentiate between here and there, sacred and profane, men and women, front and back, private and public, habitable and inhabitable,and so on.

Kalau orang Jepun berbangga dengan sistem ken dan shaku, orang Melayu patut berbangga dengan sistem ‘depa’nya. Maka itu setiap pengamal senibina bangsa Melayu harus mengetahui dan mendalami sistem ini sebagai asas seni rekanya. Dengan bertunjangkan asas bangsa, kita mungkin mampu menonjolkan jati diri bangsa dalam seni bina dan seterusnya membawa kepada satu noktah pencarian identiti bangsa.

Perkara kedua yang mendorong kami untuk membuat kajian ini bermula dari penulisan Yaakub Idrus di dalam bukunya berjudul Rumah Tradisional Negeri Sembilan-Satu Analisis Senibina Melayu. Di dalam bukunya beliau memperlihatkan tentang kepincangan nilai bangsa yang wujud dari akar umbinya.

Kesilaptanggapan ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang ramai malah di kalangan pengkaji-pengkaji dan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Keadaan ini mungkin berpunca daripada spekulasi yang tidak matang dan bersifat kabur.”

Tambah beliau lagi “Pengkajian yang dibuat secara agak-agak atau spekulasi adalah berbahaya dan mengelirukan serta boleh merosakkan displin ilmu, seperti kata pantun,”

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar;
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Kami juga telah melalui beberapa pembacaan awal yang menyentuh soal sistem ukuran Melayu, namun malangnya kebanyakkan cendiakawan yang mengambil inisiatif untuk mengkaji tentang sistem ukuran ini dipelopori oleh bangsa lain. Ini membawa kepada suatu isu yang mana bangsa Melayu itu sendiri agak keberatan untuk mengkaji tentang identiti bangsanya. Mereka mungkin menganggap bahawa ianya tidak penting malah telah diketahuinya sendiri walaupun pengetahuan mereka itu sebenarnya tidak mencukupi malah anggapan mereka itu telah membuatkan ilmu tentang bangsa terpinggir. Oleh itu pengkajian tentang sistem ukuran ini dibuat sebagai sebahagian daripada tugas untuk menyambung warisan dan amanat bangsa Melayu.

1.2 Objektif Kajian

Peripentingnya kajian ini kepada pengamal senibina, para akademik serta para penyandang kuasa sesuatu alambina tidak boleh diperkecilkan. Pengamal senibina mempunyai tanggungjawab moral yang besar untuk menyedarkan dan mengamalkan senibina yang mempunyai roh zaman atas dasar, survival kemanusiaan, yakni generasi akan datang. Para cendekiawan akademik mesti melaksanakan peranan yang aktif dalam melahirkan pengamal-pengamal senibina yang komited dan faham sejelas-jelasnya terhadap pembentukan sesuatu ukuran tradisi yang mencernakan kebudayaan bangsa.

Namun segalanya tidak bererti jika para penyandang kuasa ini sendiri tidak memahami agenda sebenar realiti penggunaan ukuran Melayu. Para penyandang kuasa ini adalah golongan yang merealisasikan alambina – pihak berkuasa tempatan, para pemerintah, pihak pemaju – dan mereka inilah yang mempengaruhi dan mencorak masa depan alambina dengan kuasa dan wang ringgit mereka. Tanpa cetusan perubahan budaya dan minda, kuasa serta wang ringgit yang dimiliki akan disia-siakan ke arah yang merugikan bangsa. Mereka juga mesti mampu memahami realiti zaman yang akan ditempuhi dan membuang andaian-andaian yang sudah lapuk terhadap kerangka masa depan alambina. Lapuk bermakna tidak sesuai dengan peredaran zaman dan jika diteruskan akan mendatangkan kerugian jangka panjang terhadap mereka dan juga manusia sejagat termasuk anak-anak mereka juga.

Oleh yang demikian kajian tentang sistem asas ukuran Melayu ini dilakukan bertujuan untuk:

  • Memahami kebudayaan bangsa Melayu melalui ukuran senibina. Ini kerana rumah-rumah melayu mempunyai gaya dan stail bangunan yang dipengaruhi oleh faktor yang melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran, iklim dan nilai.

  • engenali sistem sosio-politik Melayu dalam kepelbagaian saiz rumah tradisi di kampung mengikut taraf dan kedudukan. Masyarakat Melayu pada asalnya dipengaruhi oleh sikap menghargai hidup kerohanian yang berlandaskan nilai akhlak dan budi. Mereka tidak bersifat kebendaan seperti orang barat, walau bagaimanapun orang Melayu mempunyai cara tersendiri bagi membezakan taraf dan kedudukkan. Rumah seorang Penghulu tentu sekali berbeza dari rumah anak buahnya tetapi cara dan kaedah pembezaan tersebut masih mengekalkan skala yang harmoni.

  • Membuat kajian dan pengamatan yang lebih terperinci terhadap sistem ukuran Melayu bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilaptanggapan pengamal senibina.

  • Mengkaji Kitab Tajul Muluk dan Kitab Pawang sebagai akar umbi kepada penjanaan kajian. Kedua-dua sumber ini merupakan sumber warisan bangsa yang patut difahami oleh setiap insan yang berbangsa Melayu.

  • Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang peri pentingnya sistem ukuran ini terus dipelihara dan diamalkan sebagai sistem yang berpotensi dalam ‘survival’ zaman.

1.1 Skop Kajian
1.2 Methodologi

BABAK KEDUA-Kajian Latarbelakang
2.1 Pengenalan
2.2 Latarbelakang Sejarah
2.3 Ukuran Asas
2.4 Tajul Muluk & Kisah Pawang
2.5 Kesimpulan

BABAK KETIGA-Kajian Kes
3.1 Pengenalan
3.2 Kes 1
3.3 Kes 2
3.4 Kes 3
3.5 Kes 4
3.6 Kesimpulan

BABAK KEEMPAT-Rumusan
4.1 Pengenalan
4.2 Perbandingan kajian
4.3 Panduan ukuran

Rajah 2: Unit ukuran tradisional Rujukan: Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, Rumah Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1994
Rajah 3: Keperluan ruang mengikut fungsi Rujukan: Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, Rumah Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1994

4.4 Kesimpulan

Ukuran didapati dapat memberikan sebahagian gambaran tepat tentang kebudayaan dan falsafah kehidupan orang Melayu. Dari sudut psikologi rumah yang di ukur dengan sistem dan cara tradisi dapat memberikan rasa aman, tenteram, suasana harmoni, tempat mengasuh, mengasih dan mendapatkan ketenangan jiwa. Orang Melayu menganggap rumah adalah sebidang tempat yang menjadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuni. Jadi, kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga , tidak berbuah, tanpa memberikan apa-apa sumbangan. Oleh kerana itu rumah-rumah yang dibina oleh orang Melayu ini memberikan nilai sentimental jiwa seseorang. Ini kerana setiap ruang rumah dibina mengikut antropometrik pemiliknya. Selain itu ia memberikan suatu nilai nostalgia terhadap generasi mendatang terutamanya anak cucu mereka yang masih menggunakannya.

Begitu juga dengan falsafah orang Melayu sendiri iaitu ‘Biar banyak rumah jangan banyak serumah ’, ertinya orang Melayu suka hidup berasing-asingan tetapi di dalam lingkungan yang berdekatan atau berkampungan yang mungkin boleh diungkapkan sebagai ‘berpisah dalam bersatu’. Jarak antara rumah kerumah ini juga mencerminkan budaya dan cara hidup orang melayu yang mewujudkan pelbagai peribahasa dan pepatah seperti kata peribahasa ‘ jaraknya hanya seputung rokok’ atau ‘rumahnya hanyalah sekangkang kera’ , ‘sebidang tanah’, ‘tinggi rumah sepemikulan’ dan sebagainya. Bahasa-bahasa yang mengambarkan ukuran atau saiz ini telah menghadirkan jiwa Melayu dalam bangsanya.

Rumah adalah juga status pada penghuninya, maka kerana itulah setiap orang Melayu masing-masing ada stail dan caranya berdasarkan kemampuan dan kondisi untuk memilih sebuah rumah dengan rekabentuk yang menarik, kerana ia merupakan lambang status penghuninya. Oleh yang demikian kita dapat mengenali sistem sosio-politik orang Melayu dengan melihat saiz rumah. Walaupun pada asasnya skala manusia digunakan tetapi pentafsiran oleh tukang-tukang rumah dalam memberikan keserasian dan tolak ansur memberikan suatu herarki yang berbeza.
Disamping itu dilihat saiz rumah melayu adalah bersifat modular yang mana ia berasaskan kepada beberapa jenis rumah asas iaitu :

a. Rumah tiang 4
b. Rumah tiang 6
c. Rumah tiang 9
d. Rumah tiang 12
e. Rumah tiang 12+
f. Rumah tiang 16
g. Rumah tiang 16+

Rumah –rumah ini akan digandakan tanpa menjejaskan peraturan asas ini mengikut keperluan dan taraf hidup serta status dalam masyarakat. Ini secara tak langsung bertindak sebagai panduan untuk mengelakkan rekabentuk bangunan menjadi begitu monumental. Sebaliknya biar apa pun kedudukan tuan rumah, rumah yang dibina hendaklah dapat diadunkan bersama alam.

Banyak kekeliruan wujud dalam usaha memahami sistem ukuran tradisional Melayu ini. Ini berkemungkinan berpunca daripada kurang pendedahan terhadap warisan bangsa ini dari peringkat awal. Contohnya ukuran sekaki dalam ukuran tradisional bukan bermaksud sebagai ukuran tapak kaki sebaliknya ianya adalah ukuran dari hujung ibu jari tangan kanan ke hujung ibu jari tangan kiri dan ukuran tapak kaki adalah ukuran setapak. Ia jelas digariskan oleh Yaakub Idrus dalam bukunya “ Rumah tradisional Negeri Sembilan’ dan sesuai dijadikan panduan umum bukan sahaja untuk masyarakat Negeri sembilan. Seharusnya sistem ini perlu dijadikan sebahagian daripada sukatan pembelajaran bukan sahaja untuk penuntut senibina tetapi kepada sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu. Kita tidak mahu suatu hari nanti ia terus bersemadi sebagai khazanah sejarah semata-mata sebaliknya patut diperturunkan dari generasi kegenerasi.

Pengkajian Kitab Tajul Muluk dan Kitab Pawang juga memberikan pendedahan yang lebih luas. Masih banyak perkara-perkara tersirat yang masih belum dijelaskan oleh pengkaji-pengkaji senibina. Terutamanya persoalan mengapa ukuran tertentu diambil untuk ruang tertentu. Apakah pengukuran ini membawa kepada petanda-petanda tertentu dan sejauh mana benarnya amalan-amalan ini. Cara hidup orang-orang Melayu sejak di zaman dahulu lagi sangat mementingkan kehormatan adat resam dan sopan santun yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam dan adalah tidak menghairankan jika segala petua-petua ukuran tersebut mempunyai perkaitan yang rapat dengan cubaan mengekalkan identiti bangsa.

Kami sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang cuba mendalami sistem ukuran ini merasakan ia amat perlu di fahami oleh bangsa Melayu. Kepentingannya adalah sama dengan kepentingan bahasa yang mencerminkan bangsa. Jika kita memandang remeh kepada budaya kita sendiri maka adalah amat sukar bagi orang lain untuk menghormati kita sebagai bangsa yang mempunyai bangsa. Kita harus mengorak langkah yang proaktif dalam menaikkan martabat bangsa. Seperti didalam ajaran Islam, seseorang itu perlu mengamalkan kesemua ajaran bukannya sebahagian ajaran untuk menjadi seorang mukmin yang sejati; maka begitu jualah dengan bangsa, kita perlu mengamalkan keseluruhan komponen bangsa termasuklah dengan memahami sistem ukuran tradisional ini. Mungkin kerana itu pembinaan rumah tradisional pada masa sekarang yang menggunakan falsafah tradisional tetapi menggunakan sistem metrik tidak dapat menandingi senibina rumah-rumah tradisional sebelumnya yang menggunakan semua komponen bangsa Melayu. Mungkin kerana itu juga kita masih meraba-raba dalam terang untuk mencari identiti senibina nasional.

Setelah mengenal ciri-ciri ukuran tradisional Melayu di samping mengenal beberapa aspek falsafah dan budaya, maka wajar kita menyakini bahawa orang melayu mempunyai identiti sistem yang tersendiri, dan seharusnya peribuminya berbangga dengan kebudayaan yang ada dan diamalkan selama ini. Oleh itu wajar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil sebarang langkah dan inisiatif untuk memelihara dan memperkembangkan ukuran tempatan yang semakin berkubur ini. Selain usaha yang giat perlu juga dijalankan bagi mengembangkan kepelbagaian falsafah asas ukuran ini kepada suatu sistem yang seiring dengan zaman tanpa mengenepikan akar umbi kebudayaan sendiri. Mungkin kita mampu mengolah sistem ukuran kita kepada suatu teori yang setanding dengan Teori Medular, Le Corbusier atau Sistem ken di Jepun.

Di sini dicatatkan satu teks lama yang di salin dari buku Cakap-cakap Rampai-rampai bahasa Melayu Johor, yang dikarang oleh Haji Ibrahim, dan diterbitkan pada tahun 1929 sebagai suatu inspirasi tentang peripentingnya sistem ukuran traditional ini dalam kehidupan seharian. Teks ini yang bertajuk ‘Percakapan Dua Orang Tukang Kayu’ , di mana perbualan mereka menyentuh tentang pembinaan rumah.

Percakapan pertama,
Ginah : Apa kahabar Salam, di mana engkau bekerja rumah?
Salam : Hai abang Ginah, mengambil menggaram rumah di kampung Tembalan.
Ginah : Berapa upahnya menggaram sahajakah atau sampai mendirikan sekali?
Salam : Perjanjian sahaya menggaram sahaja mendirikan upah lain.
Ginah : Berapa upah menggaram sahaja itu lima puluh rial?
Salam : Abang Ginah kata lima puluh rial siapa hendak enam puluh rial janji tiga kali bayar mulanya dua puluh rial sudah tanggam bendulnya serta terpahat lubang jenang sekali dibayarnya dua puluh rial sudah sekali dibayarnya dua puluh rial suci.
Ginah : Berapa orang engkau bekerja berduakah atau bertiga?
Salam : Sahaya bertiga rasa-rasa sahaya rugi.
Ginah : Mengapa rugi rumah panjang berapa?
Salam : Rumah itu panjang enam depa sudh salah pula sahaya memasukkan jenang pintu jadi dua kali membuat rugi.
Ginah : Sudah bertanggam atau belum?
Salam : Belum barang tiga hari lagi bertanggamlah tetapi sahaya berjanji mendinding pun sahaya itu upah lain papannya sudah sedia.
Ginah : Ini aku badan tidak kuat lagi kalau tidak hendak juga masuk mengambil upah mendinding itu.
Salam : Sahaya pun suka kalau abang Ginah boleh kerja bendul dengan tiang merbau.
Ginah : Ini engkau hendak ke mana?
Salam : Sahaya hendak pergi ke seberang atau ke Tanjung Pinang hendak membeli kapak dengan banci ada kapak sahaya tak tahan amat matanya.
Ginah : Aku sudah tua tak boleh kerja kuat.
Salam : Tinggallah abang Ginah sahaya hendak pergi lekas.

Percakapan kedua
Salam : Deraman awak mengambil upah di mana?
Deraman: Kawan mengerjakan rumah di Kampung Baru.
Salam : Berapa upahnya?
Deraman: Kawan mengambil upah hari satu rupiah sehari.
Salam : Baik itu kawan sudah terambil upah orang cuba tidak hendak juga mengambil upah hari ini sudah lepas menggaram rumah orang kampung Tembalan itu kawan hendak mencari upah hari.
Deraman: Tentu dapat sebab banyak kerjanya lagi tetapi juga beza setengah jam kalau tidak kerja ada dengan hitungannya.
Salam : Kawan pun cakap sebab kalau dengan begitu kita basi pula kalau kita datang kurang daripada janji kita lebihkan kerja.
Deraman: Orang menjaga kita itu tak kuasa dia tetapi janjinya begitu dibuatnya belum penah.
Salam : Itu adat orang keluar duit kalau tidak begitu dimudahkan orang duitnya.
Deraman: Ini kawan hendak kerja rumah orang di kampung Engku Pah.
Salam : Berapa panjang rumahnya itu dan berapa upahnya engkau menggaram?
Deraman: Rumahnya panjang tengah lima depa upahnya tiga puluh ringgit.
Salam : Itu baik upahnya.
Deraman: Sungguh upah sedikit tetapi bertarah pesegi kesemuanya bukannya bulat perkakasnya.
Salam : Patutlah dia berani mengupah tiga puluh ringgit.
Rujukan

Abdul Halim Nasir, Pengenalan rumah traditional Melayu semenanjung Malaysia, Darulfikir.1985

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, Rumah Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1994

Eko BudiHardjo, Architectural Conservation in Bali, Gajah Mada University Press.1991

Laporan Seminar Tata Lingkungan Mahasiswa Arsitektur,Fakultas Teknik Universitas Indonesia, Pencerminan Nilai Budaya Dalam Arsitektur Di Indonesia, Penerbit Djambatan.1985
Jee Yuan, The Malay House, Institut Masyarakat.1997

Phillip Gibbs, Building a Malay House, Oxford University Press.1987

Yaakub Idrus, Rumah Traditional Negeri Sembilan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1996Dr.Zulkifli Bin Hanafi, Alat-alat Pertukangan Tradisional Melayu, Amber-Solara Publication.1996

Tuesday 4 March 2008

ANYTHING ELSE IS EXTRA

04 March 2008
"Anything else is extra, We do it because we love doing it, anything else that comes along is extra." Pamela Johnson-novelist

Sunday 2 March 2008

AZHAN'S FIRST MODEL MAKING

It was a fine weekend. Instead of going outside, I had been dragged by my boys to work on the mounting board and cardboards which were donated by my office a few days earlier. (They were about to dispose them). They had been planning to build a house. I guess Azhan still remembers all the architectural models that I built during my varsity. Some of those architectural model is still standing strong till today.

He now wanted to build his own model. I asked him to draw the front facade of the house. Then we cut it and made a copy of it for the rear of the house. Later we measured the height of the wall and the length of the house. After the wall had been sticked together with the good old UHU glue, my son started to make the roof. At one end of the roof I intoduced my son to gutter and on the top of the roof pitch I made him the ridge. Not to forget the house chimney.


Azhan also made the custom-made glass window and door. He drew the frame of the door and put no.25 on the house. When all the boards had been put on together, it was time to plaster his model. I told my son to paint the model with white paint before he could apply some colour on it. As the model was painted white, Azhan started to dream of the final colour to add on his house model. He wanted to paint it red just like the red brick, blue for the glass window and a fancy yellow door.

In the end, he was very happy with the result of his first house model and looking forward to showing it to his friends in school. He was so excited and said, "Papa, I want to be a builder!" I was amazed to hear it and remembered how during our childhood we used to pick an ambition that we didn't really know of but we chose it out of our passion and interest.

THE RED HOUSE AND YELLOW DOOR
http://www.flickr.com/photos/jalakmas_photography

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Share Alike 2.0 UK: England & Wales License.