PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Saturday, 30 August 2008

SENYAP TAK BERERTI SUKA ?

Alhamdulillah...lega, saya dah "add comment" ucapan sempena Ramadhan kat semua kekawan dalam friendster. Letih gak lah dok klik sebanyak 193 nama dalam list tu (taklah ramai pun kawan). Tapi takpalah tujuan ikhlas saya adalah untuk memohon maaf kalau ada apa apa kesalahan yang saya buat secara sedar atau tidak.

Saya harap sesiapa yang dalam list tu yang kurang senang saya dok hantar comment, silalah beritahu melalui friendster mail. Sebab ada diantaranya yang tak pernah menjawab. Saya tak pasti apa masalahnya.

Kalau orang kawin senyap masa mak ayah tanya setuju kawin ker tidak itu tandanya setuju..saya tak pastilah pulak dalam soal ini.

Saya cuma khuatir jika ada yang sekadar "being polite" , mengharapkan agar saya faham-faham sendirilah yang kehadiran saya tidak disenangi. Saya tak faham kenapa...

Jika ada yang dah tak active, tak boleh online,malas atau ada yang terlalu sibuk dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tak payah susahkan diri balas, itu saya boleh faham.

Biarpun tak semuanya akan dijawap tapi sekurang-kurangnya "comment" tersebut diharap dapat merapatkan silaturrahim. Dimaafkan atau tidak lain cerita yang penting saya telah melakukan bahagian saya. Yang lainnya terserah kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Kami memohon ampun maaf atas sebarang dosa atau kesilapan. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua. PAKLAN+FAMILYhttp://jalakmas.blogspot.com/

Friday, 29 August 2008

ARTWORK DOCUMENTATION

These few days I have been busy documenting my boys' artworks since they started schooling in England. I've tried to document it before but without the right equipment the documentation process could not happen. I've just gotten myself a new all-in-one printer scanner Epson Stylus DX4450 which means the documentation process can now resume.

Sketch by Muhammad Azhan (An)


Sketch by Muhammad Zulkarnain (Nine)

I need this documentation so that all the boys' stuff can be stored in a proper storage box. Thus reduce the mess that they made around the house.

Some of the work is just scribble on used paper. But I didn't throw it away because I believe the process of producing artwork is as important as the completed masterpiece itself.

This scribble work can later be used to explain to the boys how their skills have developed. Sometimes through out the whole process we will find different possibilities in life.

As for me I find that the process of documenting their works is a refreshing task which has the same feeling as one felt when one goes to different art gallery. It occurred to me that their artwork could have been something similar to what I'd done and forgotten during my own childhood; the way they made artwork straight from their heart and without much judgement.

Our children are learning from us but we also could learn from them. Together, we could respect each other.

Thursday, 28 August 2008

KUNJUNGAN SAIFUL DAN ARINE

3 & 4 hb ogos 2008
Pada hari ini ada kawan saya mai bertandang ke rumah. Saiful (bukan Saiful Bukhari) dan Arine kedua-duanya merupakan kawan sekelas saya semasa di tingkatn 4 dan 5 di MRSM Jasin, Melaka.

Depa baru sahaja mai di Leicester, UK pada awal tahun nie kerana Arine melanjutkan pengajian keperingkat phD. Dah ada dah rupanya kawan saya yang bakal dapat phD. Syabas! Saya dulu pun bercita-cita di suatu hari nanti untuk menyambung pelajaran. IsyaAllah suatu hari nanti.

Kembara Apol kali ini adalah bagi memenuhi jelajah stadium bola di UK. Dua hari sepanjang di "North West" sempatlah cover stadium di Manchester dan Liverpool. Saya rasa memang menjadi impian setiap peminat bola untuk datang menyaksikan sendiri stadium bola pasukan yang diminati.

Terima kasih bebanyaklah kerana sudi bertandang dan tidur dirumah sewa kami yang tak seberapa ini. Seronok rasanya bila sesekali ada kekawan jauh mai ziarah. Kalau yang datang dapat tido kat rumah pun bagus sebab lebih banyak masa untuk bercerita.

Apa yang lebih manis tentang pertemuan kali ini adalah dapat bertemu dengan anak perempuan mereka Nor Aliya Amira. Maklumlah kami ada anak jantan saja. Dulu semasa kami melawat mereka di kampung Amira masih kecil lagi. Sekarang dah pandai cakap. Apa lagi bukan main seronok anak jantan aku Azhan dan Nine ada member baru.

Sepanjang duduk 2 hari kat sini sempatlah main bersama, meloncat sana-sini dan juga buat lukisan bersama. Saya buka kertas lukisan panjang dan biarkan mereka bertiga bermain dengan warna. Biar mereka dapat lakukan satu aktiviti bersama yang dapat disimpan sebagai tanda persahabatan yang berkekalan.

Peluang pertemuan ini dapatlah kita menyegarkan kembali kenangan-kenangan dulu semasa sekolah serta berbicara tentang kehidupan kini. Lantaran dari sembang-sembang ini akan mengeratkan persabatan kita. Ia juga sebagai peringatan kita betapa masa begitu pantas berlalu dan terlalu singkat untuk kita saling membenci sesiapa. Terima kasih atas persahabatan ini.

Tuesday, 26 August 2008

PILIHANRAYA PERMATANG PAUH

fotoBERNAMA
Hari ini Selasa 26 Ogos 2008. Hari yang bakal mencatat sejarah buat kampung aku di Permatang Pauh. Ia juga bakal menjadi sejarah yang tersendiri buat seluruh rakyat Malaysia.

Malangnya aku tak berpeluang bersama di dalam hari penuh bersejarah tersebut. Kuranglah satu undi untuk Permatang Pauh. Hanya doa dan solat hajat yang mampu aku iringi.

Aku telah cuba sedaya upaya untuk mencari peluang untuk pulang. Tetapi tiada rezeki nampaknya. Aku hanya mampu mengikutinya melalui dada akbar online, blog-blog dan youtube. Makin banyak pembacaan dan pelbagai hujah yang dikemukakan makin bertambah kematangan dan tekad untuk menegakkan kebenaran. Begitu besar beban tanggungjawab mengundi kali ini juga hingga terbawa ke dalam mimpi.

Aku bermimpi berjalan bersama ayah melawat kedalam sebuah penjara. Didalam penjara tersebut aku melihat seorang banduan yang ditutup kepalanya dengan sebuah balang sehingga dia tidak boleh berkata-kata dan menunjukkan muka. Si banduan tersebut diberi makan hanyalah melalui duburnya menggunakan tiub getah. Ayahku berkata "Begitu kejam sekali siksaan terhadap banduan ini sedangkan apa yang cuba dikatakannya adalah kebenaran".

Kemudian aku bersama ayah berada di koridor penjara sambil melihat gelagat seorang lagi banduan. Keadaannya seperti orang yang hilang akal, bercakap sendirian dan duduk berkeliaran ditepi sebuah tangga. Tiba-tiba dia mati dalam keadaan berdiri. Mata dan mulutnya terbuka luas seperti orang terkejut. Ayah berkata kepadaku lagi "Marilah kita baringkan mayatnya, walaupun dia bersalah tak baik kita membiarkan dia mati di dalam keadaan berdiri".

Aku tak tahu apa maksud mimpi tersebut. Mungkin hanya sekadar igauan mimpi. Atau mungkin lebih dari sekadar mimpi... adakah sebuah petunjuk ?


Namun biar apa pun perbezaan politik atau maksud mimpi , harapan serta doa aku agar Malaysia akan kembali menjadi negara terbaik untuk keseluruhan rakyatnya mengecapi kebahagiaan dan mencapai impian. Jadikanlah segala harapan ini satu kenyataan!




" Terserah kepada pengundi Permatang Pauh menentukan bukan sahaja masa depan kawasan mereka tetapi juga negara." Tugas berat pengundi oleh Oleh AZMAN ANUAR(WARTAWAN UTUSAN).

"Tomorrow is the D Day for The mother of all by elections , the Permatang Pauh Parliamentary seat contest" A message to Permatang Pauh voters



"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!" - Hang Jebat

Tuesday, 19 August 2008

ROBIN RETAIL PARK



1.This is just a small proposal for a development within an existing retail park. Unlike other retail outlet this one is categorised as Trade Counters.

2.Trade Counters unit is for retailers to keep their stock within their distribution area. It also acts like a small warehouse or a place for franchisers to collect their stocks.

3.One major difference in this type of retail unit is not having a display window to exhibit their goods or product.


http://www.rgp.uk.com/ RGP have an innovative approach to architectural design. We have no dogma, no standard answers and we are spirited and fun to work with.