TOK! ABANG DAH BALIK
Sudah lama kita berjauhan,
Hari ini aku pasti akan pulang,
Tok sedang menanti menahan nyawanya,
Terlantar dia menahan sakit di Kampung,
Hari ini sesibuk mana kerja, aku tinggalkan!
Sudah lama kita berjauhan,
Hari ini aku pasti akan pulang,
Tok sedang menanti menahan nyawanya,
Terlantar dia menahan sakit di Kampung,
Hari ini sesibuk mana kerja, aku tinggalkan!
Hari ini segunung emas harta, aku biarkan!
Hari ini sekuat mana pelukan kekasih, aku lepaskan!
Aku tinggalkan segalanya demi bersama segalanya,
Pulanglah aku pulang,
Cepatlah cepat aku tiba,
Ingin sekali aku disisinya,
Sekarang juga di saat ini...di waktu ini.
Mengapakah begitu lama untuk sampai?,
Kapal terbang apa yang begini lambat?,
Jarak benua ini bukannya jauh sangat,
Takala jasad menunggu hatiku sudah sampai.
Angin sedang bertiup kencang,
Hari pun menjelang senja,
Tok duduk bersimpuh dipangkin rumah,
Berteriakan memanggil aku pulang,
Berlari-larilah aku kerana takut,
Kerna dihambat rotan acuhan Tokwan,
Ini semua angkara leka bermain,
Penatnya hingga terbongkang aku di riba Tok,
Oh! Terjaga dari tidur di belai Tok,
Usap tangannya ini masih terasa segar,
Teriakan Tok itu sedang terngiang-ngiang,
Memanggil aku segera pulang...Abang balik!
Tuhanku! Hentikanlah masa ini,
Untuk Kau panjangkan umurnya,
Kuatkan semangat tenaganya,
Hinggakan derita tidak terasa,
Tuhanku! Sebelum Tok menjadi tetamuMu,
Izinkan aku mendengar kata "sayang" sekali lagi,
Untuk tamatkan penantian rindu dendam kami,
Tok! Abang dah balik...
Pulanglah aku pulang,
Cepatlah cepat aku tiba,
Ingin sekali aku disisinya,
Sekarang juga di saat ini...di waktu ini.
Mengapakah begitu lama untuk sampai?,
Kapal terbang apa yang begini lambat?,
Jarak benua ini bukannya jauh sangat,
Takala jasad menunggu hatiku sudah sampai.
Angin sedang bertiup kencang,
Hari pun menjelang senja,
Tok duduk bersimpuh dipangkin rumah,
Berteriakan memanggil aku pulang,
Berlari-larilah aku kerana takut,
Kerna dihambat rotan acuhan Tokwan,
Ini semua angkara leka bermain,
Penatnya hingga terbongkang aku di riba Tok,
Oh! Terjaga dari tidur di belai Tok,
Usap tangannya ini masih terasa segar,
Teriakan Tok itu sedang terngiang-ngiang,
Memanggil aku segera pulang...Abang balik!
Tuhanku! Hentikanlah masa ini,
Untuk Kau panjangkan umurnya,
Kuatkan semangat tenaganya,
Hinggakan derita tidak terasa,
Tuhanku! Sebelum Tok menjadi tetamuMu,
Izinkan aku mendengar kata "sayang" sekali lagi,
Untuk tamatkan penantian rindu dendam kami,
Tok! Abang dah balik...
Fadzlan Rizan Johani 14 May 2009
(sebuah catatan awal sewaktu menunggu penerbangan pulang 2 April 2009)
(sebuah catatan awal sewaktu menunggu penerbangan pulang 2 April 2009)
Al-fatihah buat Allahyarhan Che Jam binti Omar (Tok/Nenek) yang pulang Rahmatullah pada pagi 23 April 2009.
4 comments:
Salam pak lan..
takziah atas pemergian nendamu. moga rohnya dicucuri rahmat & tergolong dlm golongan hamba2Nya yg beriman & dikasihiNya..
Al-fatihah
Terima kasih sahabat atas doamu...
Pak Lan... takziah atas pemergian nenda tercinta.. maaf baru jer tahu ttg pemergian arwah waktu baca blog Uncle Joe..
alfatihah. semoga rohnya dikalangan orang2 beriman. amin,
Post a Comment