Buat semua teman,
Sesungguhnya dosaku ini kepadaMu Allah amatlah banyak. Sedang hakikat masa hidup yang diberikan ini hanyalah pinjaman, tetapi aku masih tewas dengan godaan dunia dan bergelumang dengan dosa. Kepadamu tuhan aku mohon keampunan dan moga suatu hari nanti jiwa ini bisa suci untuk-Mu.Terhapuslah segala dosa ini sepertimana gugurnya dedaun dimusim luruh.
Seandainya ditambah lagi dosa-dosa ini dengan salah-silap terhadap manusia, maka tidak terdayalah lagi aku menghidu Syurga-Mu itu.Segala perbuatan dan kata tidak disenangi, yang menguris hati, perselisihan faham, permusuhan, kezaliman, buruk-sangka, umpatan yang merosakkan jiwa dan segala keburukan. Perbuatan yang disedari dan yang tanpa disedari. Harapnya janganlah disimpan dihati-hati mereka kemarahan atau kebencian.
Saudara dan sahabatku, aku bukanlah manusia yang terbaik buat kalian.Kerana ketika ini aku tidak dapat menemanimu mengharungi kesusahan dan bersamamu meraikan saat kebahagiaan. Sedang aku kini belajar mengenali diriku sendiri, mungkin suatu hari nanti aku bisa mengenali baik budi kalian.
Aku pinta hanyalah kemaafan dari setiap kesalahan dan dihalalkan untuk segala pemberian. Seandainya aku punya peluang lagi, ingin sekali lagi menyusun jari, mendakap dan memeluk kalian meminta keampunan seolah inilah pertemuan terakhir. Maafkanlah aku, atas segala kelemahan diriku ini.
Di Aidilfitri ini aku doakan kalian terhapus segala kesedihan, dipanjangkan umur untuk beramal, diberkati hidup, dan berbahagialah didunia dan diakhirat. Moga kemaafan akan membawa perkhabaran gembira dari Allah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

No comments:
Post a Comment