Kawan: we are leaving soon
Pak Lan: leaving gi mana?
Pak Lan: alhamdulillah so far Pak Lan dlm kategory yg selamat lagi..
Pak Lan: bebudak yg keje bahagian teknikal yang byk effect
Pak Lan: really sad to hear this news...
Pak Lan: dahlah bukan ramai pun member kat UK nie..
(Bukhari)
Bulan-bulan mendatang ini merupakan bulan yang amat mendebarkan semua. Kebanyakan syarikat sedang melaksanakan proses penstrukturan semula syarikat. Ramai yang akan dibuang kerja dan statistik kerajaan UK sendiri membayangkan angka pengangguran akan meningkat sehingga 2 juta orang!
Yang lebih menyedihkan lagi untuk pekerja asing seperti kami, tiada bantuan yang akan diterima oleh kerajaan UK seperti pelbagai "allowance" dan "income support" kerana status kami sebagai pekerja asing. Penyelesaian terakhir bermakna pulang ketanahair. Maka makin kuranglah kawan-kawan yang masih tinggal, sudahlah memang sedia tidak ramai.
Berita-berita ekonomi amat merisaukan. Mungkin ada yang tidak mahu mendengarnya kerana "stress", tetapi adalah baik untuk mengetahui keadaan semasa bagi kita membuat perancangan yang sebaiknya. Rentetan kisah kegawatan ekonomi kali ini dapatlah saya saksikan sendiri serta menimba pengajaran dan pengalaman yang amat berharga.
RGP ( firm akitek tempat saya berkerja) juga sedang melalui proses penstrukturan semula. Ini bagi mengimbangi kelembapan ekonomi semasa. Walaupun telah diberikan jaminan bahawa perkerjaan yang saya lakukan sebagai "architectural designer" akan terjamin, saya tetap melaksanakan langkah-langkah perlu bagi menghadapainya jika ditakdirkan nanti. Umpama menyediakan payung sebelum hujan...
Doa saya agar teman-teman yang menerima kesan dari krisis ini akan dipermudahkan jalan keluar dari kemelut tersebut. Dan bagi mereka yang akibat ketamakannya telah mengheret membinasakan orang lain, bersedialah menerima doa dari insan yang tertindas dan teraniaya ini. Moga apa yang berlaku menjadi perkara yang terbaik diberikan oleh Allah.
"Anyway take care and be optimistic leave it to GOD ALMIGHTY and don't be moved by matters around."