PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Thursday, 21 February 2008

BILA JOLOK BARU JATUH

Aku terfikir untuk membuat beberapa pembetulan terhadap artikel "Mengata Dulang Paku Serpih". Memikiran rasa kecil hati sahabatku yang terasa hati akan penulisan tersebut. Bukan niatku. Penulisan yang bukan sebenarnya tentang dirinya jauh sekali untuk menuduh isterinya seperti tertulis. Rajuk hatinya itu membuatkan aku membaca kembali berulang-ulang kali artikel panas tersebut. Semakin berkali aku membaca semakin jauh aku dibawa mengingati saat perasaan yang timbul ketika itu. Perasaan syak, perasaan buruk sangka, perasaan benci, perasaan marah dan segala perasaan yang buruk lagi memburukkan yang kemudiannya pada akhir penulisan tersebut bercambah bertukar menjadi rasa kesedaran. Kesedaran tentang diriku yang tidak aku mahu padam dalam lipatan sejarah hidup aku. Tiada sepatah ayat yang kurasakan dapat diubah.Ia kekal di situ.

Namun menjadi tanggungjawab aku untuk memberikan penjelasan. Penjelasan terhadap mereka yang membaca separuh jalan, atau membaca sekadar untuk mengambil perkara sensasi atau untuk mereka yang "busy body". Membuat kesimpulan dan provokasi yang menyimpang dari maksud sebenar. Kenapa perlu bertanya kepada orang lain tetang kejadian seseorang dari orang lain dan bukan kepada tuan empunya cerita?

Aku hairan mengapa kita lebih minat untuk mengetahui perkara sensasi? Perkara tentang gossip dan tentang perkara yang bukan keilmuan? Mengapa kita sanggup bersusah payah untuk menyebarkan berita buruk dari berita yang baik? Mengapa kita lebih rela terjun didalam kancah tuduh-menuduh dari tegur-menegur? Mengapa kita sanggup menghabiskan berjam-jam masa untuk membaca gossip dari membaca buku-buku ilmuan yang makin berdebu? Mengapa lebih banyak olahan terhadap cerita fitnah berbanding pandangan-pandangan bernas tentang ilmu? Aku mungkin paham jika sifat itu datang dari kalangan teman-teman aku yang keciciran sekolah. Tahap pemikiran yang boleh diterima akal. Tapi mengapa ia datang dari kita yang pernah melangkah di gedung-gedung ilmu; yang pernah dididik oleh cerdik-pandai; yang pernah dibuka mata tentang betapa luasnya lautan ilmu ini dan dari kita yang dikurniakan kelebihan akal fikiran. Adakah hanya sekadar untuk menggengam segulung kertas bernama ijazah?

"Mengata Dulang Paku Serpih" juga merupakan peringatan untuk aku tentang realiti betapa penulisan aku tentang "architecture" atau senibina jarang sekali didebatkan. Aku sedar diri aku ini hanya sekadar "macai" architectural designer dan mungkin tidak layak untuk dipandang biar pun sebelah mata. Pandangan dari budak baru belajar. Tapi mengapa tiada galah untuk dihulurkan? Mengapa pula mata terjojol ketika aku menulis tentang "Mengata Dulang Paku Serpih"? Mengapa sanggup mengabiskan duit, masa dan tenaga untuk menyebarkan berita fitnah? Sedangkan menulis buah fikiran tentang ilmu itu tidak langsung mengurangkan, tapi menambahkan segalanya. Jika penulisan aku tentang ilmu tidak diambil kisah mengapa pula penulisan tentang "gossip" dipedulikan?

Mungkinkah ramai yang merasakan bicara tentang "architecture" adalah sekadar ilmu dunia? Aku seharusnya banyak menulis tentang agama. Cukuplah senibina sekadar alat untuk memperoleh perkerjaan. Tapi bukankah segala isi ilmu didunia ini adalah milik yang Esa. Dan segala ilmu ini hanyalah setitis air dari lautan yang luas? Dan jika benar ilmu itu asalnya dari yang Satu, ia pasti nanti akan bertemu kepada empunya milik. Bukankah ilham itu datang dari Allah? Aku mahu mengkaji dan menghayati ilmu ini sehingga tercetus dalam hati ini rasa kesyukuran. Aku tidak mahu belajar ilmu senibina separuh hati. Sekadar cukup menanak nasi. Sebaliknya aku mahu masak lauknya sekali. Aku masih belum layak untuk menulis tentang agama, suatu yang amat suci bagi aku. Namun aku tetap jua belajar dalam diam. Agar tidak sesat dalam kesesatan dunia, umpama ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan. Aku juga amat mengharapkan tunjuk ajar barang siapa yang lebih berilmu untuk membetulkan kesilapan yang aku tulis. Dari kesilapan "spelling" kepada kesilapan kefahaman ilmu yang aku baca. Aku terima teguran yang berhikmah dengan hati terbuka.

Adalah menjadi kekurangan diri aku menulis "Mengata Dulang Paku Serpih" dengan ayat-ayat yang sinis.Tapi pengunaan ayat tersebut adalah sesuai dengan situasi dan mengambarkan betapa kurang-ajarnya si Azlan aka Farah atau Si Guest yang sememangnya bukan nama sebenar. Tapi disebalik kekurangan tersebut aku temui kekuatan untuk memulangkan paku. Aku menulis bagi menggambarkan keadaan perasaan aku ketika itu. Aku menggambarkan setiap situasi kepada andaian yang aku rasa. Tapi ia tidak merungkaikan apa-apa makna. Ia benar mungkin akan menimbulkan syak. Tapi perasaan syak yang kemudiannya jika kita dalami dan kaji akan timbul kesedaran tentang diri. Jika saudara pembaca boleh merungkaikan syak ini kepada satu kesimpulan yang konkrit teryata anda juga silap. Ia adalah kelemahan diri anda sendiri. Artikel ini akan menggambarkan betapa kita lemah dan percaya kepada syak berbanding fakta dan kebenaran yang nyata. Betapa kita lebih bersemangat untuk menjaga celah bedah orang lain berbanding meraikan majlis ilmu.

Aku faham jika ada teman yang terlalu sibuk dengan kerja harian atau sibuk dengan kehidupan berkeluarga. Antaranya yang baru merasai nikmat berumahtangga atau yang sedang keletihan menyusu anak kecil ditengah malam. Aku amat memahaminya kerana aku juga pernah melaluinya dan masih melaluinya kini. Tapi bagaimana pula mereka yang punya upaya untuk ambil kisah tentang "Mengata Dulang Paku Serpih" tanpa mengendahkan artikel lain?

Aku masih tidak mahu menyerahkan rasa juang ketika zaman di "studio". Rasa yang membuatkan aku punya semangat untuk meghadapi hari demi hari. Aku amat bersyukur terhadap hikmah penulisan "Mengata Dulang Paku Serpih". Kesedaran ini tidak akan terjadi jika Allah tidak mengizinkannya berlaku. Seumpama bila jolok baru jatuh; takkan berlaku kesedaran ini jika aku sekadar berdiam diri oleh tohmahan. Syukur aku kerana berita buruk ini telah bertukar khabar gembira buat sahabatku.

No comments: