PAPAN 9

PAPAN 9
Original Artwork by Papa, Azhan and Nine (click image to link)
‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)
"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour andintegrity. He is expected to speak his mind and give his views. Whenfaced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away." quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Wednesday, 20 February 2008

MENGATA DULANG PAKU SERPIH


Bulan Safar bulan sebelas,
Cahayanya cerah menyapu awan;
Bukan mengata bukan membalas,
Saya serah melukut secawan.

Anehnya hidup ini, langit yang cerah; tetiba hujannn."aini, angkat kain hujan, jemuran dah turunnnn" (petikan cerita pendekar bujang lapok). Sedang sedap aku melayan (syok sendiri) isi dalam blog aku nie, tetiba ada hamba Allah yang baik hati meninggalkan komen di kotak jerit (shoutbox). Namanya Guest, (uish nama macam mat saleh).
katanya "banyak spellinng and grammatical error laa...".
Huish, menjerit gaklah kotak tu kan. Tapi takpalah aku nie bersangka baik. Baguslah kalau dia nampak ada "error" bolehlah tolong betulkan. Maklumlah aku nie bukannya ada PHD dalam bahasa Inggeris nie kan. So, semangat memang membaralah nak tahu kat mana silapnya kan. Belum sempat aku tanya mana silap; dia pun tulis nak betulkan silap dia dulu

"silap spell spelling...hello!!!".

Yelahkan mesti nak tunjuk dia eja betul, karang orang kata "umpama ketam mengajar anak berjalan lurus". Yang herannya punyalah nak tunding jari aku silap "spellinng" (guest tu yg tulis, aku ikut ja) sampai dia pun silap eja. Punyalah kalut. Dah nampak niat tak baik tu. Tapi aku nie tetap baik sangka, maka sebab hang kata hang terar, aku pun balas.

"bagitaulah kat mana silap..boleh hamba belajar..sila letak komen kat artikel berkenaan".


Kalau dia betul-betul ikhlas nak ajar mesti dia akan bagi tahu ayat mana, artikel mana yang salah atau silap atau yang dia buat-buat silap. Takderlah pulak yang dibetulkannya, hanya baling batu sembunyi tangan. Pirahhhh, hang kata hang terar, terar apa nie...terar gantung teloq. Aku yang penuh hikmah nie taknaklah memburukkan lagi keadaan, tapi pokcik belasah jugak ...pokcik bagi satu ayat

"A life spent making mistakes is not only more honorable, but more useful than a life spent doing nothing".

Aku rasa dia dah pikir nak buat apa pulak, nak betulkan grammer tu sure takder idea tu. Dia ingat pokcik senang melatah ker. Sebab dia senyap, aku pun bagi sekali lagi ayat penutup

"Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's can shorten it."

Aku ketis tahi yang jatuh di sipi bahu nie dan kelapak jatuh kemuka si Guest. Mampus terus riwayat Guest tu.Kemudian si Guest (mat saleh celup) nie pun menukar kulitnya. Dia bagi nama Lan. Mentang-mentanglah nama aku Fadzlan, nak pakai nama Lan jugaklah kan.Dia ingat aku bodoh, dia ingat aku tak tahu Si Lan nie orangnya sama kulit dengan Si Guest tu. Mat saleh dah jadi Melayu gamaknya. Dia pasti tak tahu yang aku tahu, sebab aku buat-buat tak tahu. Kalau nak tipu pun bang, gunalah PC lain. Buat pengetahuan sedara no IP ID anda adalah sama. Paham IP?. Itulah nak buat jahat tak pandai. Dia perli lagi.
"fuih, sijil cpd penuh meratap!".

Sahlah nie budak architecture. Kalau budak line lain mana ambik kisah dek CPD2 nie kan. Menatang CPD tu pun tak tahu (Opss, kecuali kekawan aku yang bijaksana yang selalu baca blog aku nie tahu lah). Apa ko tak ambik CPD ka? Ko tahu ker berapa minimum CPD requirement?.Si Lan nie nama saja budak archi tapi requirement CPD tak reti. Bukan yang sikit bang oiii. Lagi pun seminar tu opis sponser dan orang yang bagi seminar tu pun datang kat opis. Orang dah bagi free dan tak payah travel jauh-jauh takkanlah tak pegi jugak. Itu namanya tak tahu bersyukur. Lepas tu dia komen lagi
"hang tak kerja ka hari ni?".

Wah bukan main ambik berat lagi. Aku pun dengan baik sangka balas

"minggu ni keje dari rumah, jaga anak.. seminar FREE.. pegi jerlah. depan opis jer tempatnya."
Tapi aku naklah jugak tahu sapa yang aku tengah sembang nie. Mengeratkan ukhwahlah katakan. Aku pun gatai pi tanya

"sapa nie?..chat kat YM jom, paklan_rizan"

Kita niat baik nak ajak sembang kat YM untuk berkenalan atau kalau dia kawan lama sekali pun bolehlah cerita panjang-panjang sikit. Karang penuhlah pulak kotak jerit (shoutbox) aku tu kan. Tapi Niat baik aku tu dibalasnya dengan tuba...baik punya jawapan dia kasi.
"laa oarng kampung tak kenai ka? maklumla dok england"

Amboi, main kasar nampak. Siap perli-perli orang dok England pulak. Ko tahu tak England tu kat mana? England tu kat bumi ciptaan Allah s.w.t jugak (ayat alim sikit). Tak semestinya hang dok England buat jahat tak kena sambar dek petir! Ayah aku restu aku mai sini, hang peduli apa kan. Kalau aku kerek sure aku tak ajak hang chat kat YM, mesti aku jawab, "bloody hell, who are you talking to me in Malay. I'm now in England speak Englishlah (aderlah pulak 'lah' kan) with me". Tapi ada aku cakap macam tu? Takder kan.
Sebelum aku sempat menjawab tohmahannya tadi, tetiba ada pulak awek backing aku. Pehhh, awek tu. entah macam mana rupanya pun aku tak tahu. Namanya Farah. Dia pun dengan manja bagi warning sama si Lan nie yang dulu asalnya mat saleh celup jadi Melayu.

farah : lan, jangan kacau paklan!

Farah mana nie? Tak kuasa aku nak layan. Namanya saja dah cukup aku fobia. Aku pun terus balas jer ayat kasar si Azlan tadi.

"salam, tak tulis nama mana nak tau..mintak maaf bebanyaklah yer. Dok di england, hati tetap di kampung."

Dia pun segera membalas,

Lan : nama saya azlan org kampung mengkudu...dulu kita selalu pekena mee sup mat bom kat stesen bas logstag ingat lagi dak?

Pulak dah, kalau nama orang atau nama kampung ko mungkin aku lupalah kot. Tapi bila cerita bab makan mee sup mat bom kat bas aloq setaq nie aku tak pernahlah pulak pi. Nie sah cerita bohong dah nie. Aku dah tak kuasa nak melayan dah. Dah masuk time lunch hour dah; anak aku pun dah memanggil-manggil untuk ditemankan ke taman permainan.
Di taman permainan aku pun menelefon wife aku di tempat kerja. Aku cerita pasal ada orang tegur grammar blog aku. Wah! bukan main melenting wife aku. Dia tanya aku kat mana yang silap. Aku pun tak tahu nak jawap sebab si Guest tadi dah mampus. Dia dah tukar jadi si Azlan cakap Melayu. Dah tak reti nak komen mana yang silap grammar tadi (atau sebenarnya memang tak tau). Sebenarnya wife aku nielah editor untuk blog aku nie. Setiap tulisan aku akan ditapis olehnya. Dia yang akan betulkan grammar aku tu.

Kalau Si Azlan baca kenapa aku tulis blog nie; antaranya adalah untuk "Improve my English". Tapi kalau nak belajar kenalah bergurukan. Cikgu aku tu wife akulah merangkap editor blog. Wife aku siap sound untuk Si Azlan nie " kalau dia pandai sangat, ko jadilah editor pulak". Maka, wife aku pun naklah pi baca semula blog aku bagi mencari mana grammar yang salah tu. Aku pulak pi sambung melayan anak-anak bermain.

Sedang aku dok sibuk melayan anak aku main di taman permainan tadi, wife aku telefon balik. Kali nie dia cakap aku ada flirt dengan Si Farah? Iskh mana ada. Fitnah dah tersebar nie. Ini pasti entry chat terbaru yang aku tak baca lagi. Dah makin melarat dah nampaknya. Terus aku panggil anak-anak aku balik rumah terus. Kesian bebudak nie tak dapat nak main lama, ko tanggunglah dosa kekecewaan bebudak nie.

Tiba aku di rumah Si Farah tadi dah pasang umpan rupanya.

farah : fadzlan, bila you nak balik malaysia?

Wah, tak pernah jumpa pun dah bukan main rindu dah. I you lah pulak tu. Gediks habis. Dia goda lagi.

farah : fad, you happy ke duduk kat uk tu?

Manjanya panggil aku fad. Setahu aku orang yang panggil fad nie member-member opis kat UK nie ja. Diorang yang bagi nama tu sebab kalau aku suruh panggil nama 'paklan' sure terbelit lidah pelat diaorang tu. Maknanya Si Farah nie mesti tahu orang panggil aku fad kat UK nie (poyo siut ada nama glamer kat UK pulak).Aku terus membaca chatting seterusnya.
lan : hey farah, you nak flirt dengan paklan ka?...wei pi cari tempat lain la kalu mau merendek

Si Azlan nie nak cuba menggunakan ayat penegasan bagi mengatakan bahawa aku nie memang tengah flirt dengan Si Farah tu. Padahal sepatah pun aku tak tegur si Farah nie. Oiii En. Azlan merendek tu kalau dok berdua-duaan kat tempat yang sunyi. Kalau sembang dalam terang depan world wide web nie satu dunia tengok itu bukan merendek namanya, itu namanya chatting.

farah : eh, jeles la pulak dia ni... suka kita laa

A'ah betul tu Farah, jeles la pulak Si Azlan tu yer. Suker kita? Bila masa pulak aku suka kat ko?

farah : fad, apa private email you?

Nak private email pulak. Mintak maaflah Cik Farah aku takder private email. Mengalir air mata darahlah ko takkan dapat.

farah : i tengok anak you, comelnya...macam ayahnya

Alahai! nak tunjuk semangat keibuan pulak. Kira sesuailah untuk dibuat pasangan. Sure berderau darah wife bila baca. Anak aku ko kata comel aku boleh terima tapi kalau ko kata aku comel itu dah pelik bunyinya. Kau pun farah, katalah aku hensem ker, kacak lagi bergaya ker. Barulah makin panas wife aku.

lan : geli aku dengan farah ni

Iskh geli pulak ko yer. Ko pernah geli-geli dengan Si Farah nie ker?

farah : fad, hati tetap di kampung ke, tetap kat .....?

Ehem!ehem! Si Farah nie cuba goda lagi. Aku betul betul kata hati tetap di kampung, bukannya tetap di tuttt...tuttt. Ko nak aku cakap "tetap kat Farah". Pirahhh. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong (macamlah aku pernah tengok lubang hidung ko)

lan : paklan, hang bubuh title design architect, arb tak sue ka?

Aku syak budak Si Azlan nie pernah dok UK nie, atau keje kat UK atau study kat UK ka...Sebab kalau tak mesti dia citer pasal LAM/PAM ker. Kalau dah sampai tahap ARB nie budak UK jerlah. Ko ingat ARB nak sue ker? Lainlah aku bukak firm, lepas tu carry out works using the title architect barulah dia boleh sue. Kalau dia nak sue pun dia akan tengok dalam account aku ada berapa ribu pound untuk mampu bayar sue diaorang. Kalau tak rugi saja sue tapi aku tak mampu nak bayar. Lagi pun aku tulis Design Architect bukan Registered Architect siap ada RIBA ker. Takpalah aku pun tukarlah nama lain Architectural Designer. Puas hati ko?
lan : aku teringin la nak pi sana...hang tolong rekomen aku kerja
Boleh saja kalau niat ko baik. Aku boleh bagi nasihat kebaikan dan keburukan kerja di perantauan nie serta persediaan yang perlu (setakat ilmu cetek aku nielah, ada orang lagi lama dok sini yang berpengalaman). Aku takkan cerita kisah-kisah indah semata-mata seperti cerita yang aku pernah dengar sebelum nie. Bagi aku 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Nak rekomen pun aku boleh, tapi rezeki tu di tangan Allah. Kalau aku rekomen bagai nak rak pun kalau bukan rezeki ko nak buat macam mana. Kalau ko dapat kerja atas rekomen aku pun nanti aku tak harap ko kenang budi aku tu pun. Aku hanya harap balasan baik dari Allah sahaja (pehhh ayat budak baik)

lan : dia tak mau layan dah kot...maklumla macai macam aku ni, mana la ada tempat kat orang england

Nah, nampak sangat niat tak baik. Siap perli-perli lagi macam nie. Macam mana aku nak layan hang, aku masa nie kat taman permainan. Kalau sedara Azlan nie macai sekali pun kalau ada rezeki pun boleh kerja sini. Jadi tukang cuci pinggan ka, angkut sampah ka, kerja ladang ka dll. Asal rezeki halalkan. Lagi baik dari ko masuk skim cepat kaya.
farah : fad, i'll talk to you soon la yea.. time private sikit...ni ada si azlan ni susah la

Nie dah melampau nie. Bila masa aku bagi private address aku.

lan : hang jangan kerek la farah... private time konon

farah : my kisses to the children ok

Lepas aku baca nie. Aku tak reply satu pun ayat Si Farah tadi. Sebaliknya aku menjawab dengan sinis kata Si Azlan.

"mintak maaf bebanyklah sedara azlan, saya tak pernah pulak pi ke stesen bas alor setar tu, stesen bas bagan, tanjung, kemunting, pudu raya adalah.."

Kemudian aku pun buka al-Quran baca surah al-Falaq mintak perlindunganNya.Maksud ayatnya:

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh
dari kejahatan makhluk-Nya

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita

dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yg menghembuskan pada buhul2

dan dari kejahatan org yang dengki apabila ia dengki

Sesudah baca dan tulis doa tersebut wife aku pun telefon tanya sapa minah Farah tu.Tektik nak porak-beranda keluarga ada sikit menjadilah. Tapi bijaknya bini aku tu , dia pun tau kalau nak flirt sekali pun takkanlah guna nama sendiri, tak ke bangang namanya.Gunalah nama samaran macam "abang gersang" ," jejaka hensem" atau kalau desperate sangat guna lah nama " abang nak lobang aka batang best". Bukan guna nama sendiri Fadzlan Rizan Johani. Rosaklah nama bapak aku, ada otak tak Si Farah nie. Lagi pun aku tak pernah pulak jumpa Si Farah nie, lawa ker idak. Alang-alang nak mengatal biorlah awek yg lagi cun dari bini aku.(ceh, mentang-mentang bini lawa). Itulah pesan bini aku " awak jangan malukan saya kalau nak mengatal dengan pompuan yang tak secantik saya" (bukan aku saja yang perasan bini lawa, bini aku pun perasan jugaklah kan). Tapi setahu aku Farah yang aku kenal adalah bini orang,..iskh tak mungkin pulak nak goda aku.Farah tu orang baik-baik. Nie Farah lain kot. Emm, tak kuasa pulak aku nak layan kan.

Kemudian aku pun tengok balik ID IP Si Farah tadi. Rupa-rupanya sama dengan mamat Si Azlan tadi. Si Azlan aka Guest tadi rupanya dah tukar jantina jadi Farah pulak. Makhluk hidup dua alam nie. Nasib baik aku tak jatuh cinta dengan Si Farah Nyah tadi. Terkezut wife aku dengar bila tau Si Farah tu jantan. Tulen bang, tulen bang! Auuuuw...

Alhamdulillah selepas membaca doa tadi dia dah tak kacau dah. Mungkin takut disambar petir di tengahari. Walaupun aku tak alim sangat tapi bila dah kena anaiya, sure doa direct jer takder tapis2. Walaupun Aku boleh agak siapa yang tulis berdasarkan ID IP tadi, tapi aku tak maulah tabur fitnah. Walaupun aku tak nampak ko sapa, tapi Allah nampak.

Pada asalnya aku pun malas nak memanjangkan cerita. Boleh ja aku delete kata-kata dari orang busuk lagi membusukkan nie. Tapi setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya. Sesekali menarik jugak tulis cerita sensasi lagi panas nie.(tapi tak boleh selalu, nie bukan laman blog gossip) Jadi sekurang-kurangnya aku belajar menangani manusia-manusia sebegini. Aku harap tulisan nie menjadi pengajaran untuk aku dan kekawan dalam usaha menjadi seorang insan.

3 comments:

Anonymous said...

Steady la Paklan! memang buang current jek layan orang2 mcm tu. siap nak menyamar tapi tak cukup ilmu. adusss...

FADZLAN RIZAN JOHANI said...
This comment has been removed by the author.
FADZLAN RIZAN JOHANI said...

steady!!hehe,buang karen ja..baik layan gitar karen...gorengggg.